Saturday, 26 January 2013

Kuatkan Aku Ya Allah :'(




Assalamualaikummm.... Pernah kecewa? Pernah putus cinta? Cinta terhalang oleh keluarga? Atau sebenarnya memang bukan jodoh.


Iffah,
Perasaan kecewa itu menyakitkan. putus cinta itu sesuatu yang pedih. apatah lagi dikhianati..perit.. umpama ditusuk sembilu. Cinta terhalang oleh keluarga. ahh.. sungguh ironi. mengapa dua insan bercinta tidak boleh disatukan? Sedangkan, kasih sayang itu telah lama wujud..maka soal jodoh itu pun timbul. mungkin awak bukan jodoh saya.. siapa tahu.. mungkin, Dia mahu menguji kamu sebelum Dia memberi nikmat kebahagiaan kepada kamu.
Iffah,
Benarlah kata-kata awak; “cinta tidak semestinya bersatu”.. saya tidak semestinya akan bersama dengan orang yang saya cintai. Tapi, saya akan bersama dengan jodoh yang telah tertulis untuk bersama saya di Luh Mahfuz.. kerana Dia lebih mengetahui siapa yang terbaik untuk saya. jadi, tiada guna saya bazirkan perasaan cinta tu kepada orang yang tidak sepatutnya menerima cinta. tak perlu lah nak beri cinta itu kepada sesiapa yang belum tentu jodoh saya, walaupun sekadar biasan cinta..
“Allah ada sebab tak bagi dia end up dengan kamu.. ni janji Allah, Dia telah sediakan someone yang terbaik untuk kamu.. cuma masanya belum sampai lagi..”
“Jika tepat masa, ketika, keadaan dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingannya”
Iffah,
Bukan senang untuk survive setelah terjerumus ke dalam lembah kekecewaan. bukan senang.. apatah lagi kecewa dalam soal cinta. soal hati dan perasaan. terasa seolah-olah separuh daripada diri saya telah pergi. menghilang entah ke mana. tapi, saya percaya setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya yang tersendiri. Setiap insan akan diuji.. ujian setiap insan itu berbeza berdasarkan kemampuan masing-masing. kiranya hari ini saya kecewa, bukan selama lamanya saya akan kecewa. Allah itu Maha Adil, Iffah...Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.. mata yang melihat. telinga yang mendengar. tidak akan pernah merasakan bebanan yang sama yang dirasai oleh insan yang diuji.. kerana setiap manusia punyai kemampuan yang berbeza-beza.. punyai kekentalan hati yang berbeza-beza dalam menghadapi dan menangani ujian-Nya.. you definitely can face it!

Iffah,
Saya bersyukur dengan ujian ini. kerana itu maknanya saya berada dalam perhatian-Nya. mungkin Dia mahu saya sedar tentang kekhilafan dan kelalaian saya terhadap-Nya selama ni. mungkin saya yang terlalu laju mengemudi perjalanan hidup saya. sehingga lupa untuk menoleh ke sebelah. mungkin saya terlupa, bahawa segala yang berlaku adalah dengan izin-Nya.. peringatan bahawa bukan semua yang saya mahukan akan saya perolehi dengan mudah. ada beza antara keperluan dan kehendak. mungkin awak itu adalah kehendak saya saja, bukanlah keperluan. siapa tahu. biarlah saya berhenti sejenak. merenung masa silam untuk dibuat pengajaran. saya perlu hidup pada masa sekarang. saya tidak perlu menilik-nilik apa yang akan terjadi pada masa depan. saya tidak boleh terlalu teruja untuk memiliki sesuatu yang belum tentu terbaik untuk saya. kerana saya bukan siapa-siapa. Dia sudah nukilkan yang terbaik untuk hidup saya. tinggal saya je yang memilih jalannya. 
Hati yang kecewa, hati yang menderita, biarlah Allah saja yang mengubati-Nya. titipkan di dalam doa dan rintihanku kepada-Nya, samaada di dalam solat yang 5 atau tahajudku..
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk diri dan hati ini. aku bersyukur diuji oleh-Mu ya Allah.. rawati dan belailah hatiku yang gundah dan kesunyian ini dengan CINTA & kasih sayang-Mu.. anugerahkanlah kekuatan kepadaku untuk terus istiqamah dalam beribadah dan mendekati-Mu.. agar di saat aku diuji dengan kesenangan, aku tidak sekali-kali akan melupakan-Mu”.
Iffah,
Kekuatan tu tidak akan datang dengan sendiri. sakit di hati kerana kecewa itu sunnatullah. adatlah, apabila kecewa saya akan merasa sakitnya. mana mungkin jari yang terhiris oleh pisau tidak berdarah? Mana mungkin bila mendapat kejayaan saya tidak akan gembira? Manusia dilahirkan dengan pelbagai emosi. tidak adillah kiranyasaya hanya mahu merasai emosi yang positif saja. 
Bertabahlah wahai diri. kekuatan, ketabahan, ketenangan, kejayaan malah KEIMANAN itu pun kita yang cari. sudah tentu dengan izin-Nya juga. Ketenangan dan kebahagiaan tu wujud di dalam hati. saya hanya perlu mencari ia di dalam hati. tiada satu pun yang bernama makhluk di dunia ini yang berkuasa untuk mengecewakan dan menyakitkan kita tanpa izin Allah. saya perlu bina imuniti. dekatkan diri kepada Allah. mungkin usaha saya belum cukup. andai resah menyelubungi diri, solat dan zikir menjadi teman. sesungguhnya hati yang tenang itu ialah hati yang sentiasa mengingati Allah. memahami keagungan dan kekuasaan-Nya dari aspek maknawi dan hakiki. Yakinlah dengan janji-Nya. saya perlu menjadi lelaki yang soleh. nescaya yang solehah akan hadir untuk saya.saya perlu cari CINTA ALLAH, nescaya cinta wanita yang mencintai Allah akan hadir untuk saya. kerana, cinta manusia tidak pernah akan kekal. bercintalah kerana Allah. nescaya ikatan rumah tangga saya yang bakal dibina akan sentiasa dirahmati dan diberkati-Nya.. insya Allah. saya tidak perlu terlalu lama mengenang kenangan silam yang disangka indah. sehingga menghalang hak saya untuk bergembira dan berbahagia dengan kehidupan saya.. cinta manusia bukanlah segala-galanya. ia akan layu juga andainya tidak dibajai dengan cinta kepada Allah. cinta Allah itu matlamat, cinta manusia itu adalah alat untuk menggapai cinta Allah.
Soalan hatiku untuk diriku ;
Mengapa sukar untuk lupakan awak?
KERANA Allah ciptakan hati yang punya ‘PERASAAN’, minda yang punya ‘INGATAN’



Sebab itu orang yang saya BENCI pun saya INGAT.



Yang pernah CINTA? Lagilah INGAT!


Jika ingat kenangan manis bersama awak saya buat pedoman, kenangan pahit jadikan pengajaran. 




saya akan move on. masa dan hidup saya terlalu berharga untuk dibazirkan dengan kisah cinta yang tidak ada kesudahan. times will heal. saya punyai dunia dan kehidupan yang sendiri untuk dicorakkan. berjaya atau tidak adalah pilihan sendiri. saya perlu bertenang, ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama saya kiranya saya rasa kesunyi yang amat. I never alone at the first place..





Mungkin pada mata kawan kawan awak saya yang salah :') tapi biar lah saya dan awak saja yang tahu cerita sebenar.



                                                                                                                         - Mohamad Fahmi -