Monday, 28 January 2013

Sahabat :'(


Assalamualaikum. Hohoi. Aku newbie dalam dunia blog. Tgah nk jinak-jinak. Hahahhh. Hari ni aku nak cerita tentang PERSAHABATAN.


Dalam hidup ini, kita tak punya sesiapa,kecuali diri sendiri. Tetapi dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana mempunyai sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat. Begitulah juga dirinya. Tetapi kita sering lupa akan hal itu. Cuma mengambil tahu tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela dirinya. Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti. Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa .tetapi kita sering lupa. Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami, yang selalu berada di sisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan, segala rasa kecewa dan ketakutan kita. Harapan dan impian juga kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita. Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbang dan rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan rasa gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai? Boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan? Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan sahabat sebagai kekuatan, jadilah kita sahabatnya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Disebalik senyumannya, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Disebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidak tahu. Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu.

RENUNGILAH HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DI SEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA. 

Aku ada dua orang sahabat, mereka memang rapat dengan aku. Hahaha. Kitorang nakal! Suka bahan orang. Gelak tawa diorang, senyuman diorang, suara diorang jadi rentak hidup aku. Aku sayang diorang. Oke, aku cerita satu persatu.

Muhammad Fakur Ismail Bin Zainuri Baha

Yeah, ini kawan terbaik aku. Aku sayang dia. But kitorg bukan gayboy kay. Hahahhh. Dia teman terbaik yang pernah aku ada. Kepala gila-II , hidung macam Zizan. Bhahahaha. Dari form 1, kami memang tak pernah terpisah. Dia guruku. Time aku tak faham, dia selalu tolong aku. Dia baik hati, hensem dan awesome. Dia juga rakan sepasukan dalam team ragbi sekolah aku, Sekolah Menengah Penghulu Saat. Posisi dia "HOOKER". Tapi, 14 Januari lepas dia dah pindah ke Maktab Tentera Diraja kat Sungai Besi. Yeah, aku rasa kehilangan dia. Gelak dia, kepoyoan dia amat aku rindu. Ohh, dia still SINGLE. Wakakaka XD . 

 Fikri Amierul Bin Bahrim

Yang ni memang gila. Aku kawan dengan dia memg sentiasa ditemani dengan gelak tawa. Kepala dia memg GILA. Dia berfikiran terbuka and sporting. Best gilerrr kalau hang dgan dia. Dia selalu rawat luka hati aku. Dialah satu-satunya manusia yang selalu ada bila aku berduka. Dia pandai ayat perempuan taw. Hahaha. Semoga kau dapat usha Wan Nadia kau tuhh. Tapi sedihnya, pagi tadi dia dah tinggalkan aku dan rakan2 yg lain. :'( . Sedih gilerrr ahhh. Aq rapat nan dia dari Form 1 Aktif. Dialah yg ajar aq taktik untk main ragbi. Dia jugalah yg slalu recommend aq boot2 Nike. Dia hebat dalam bolasepak. Style dia macam Cristiano. Aku sayang kau kawan!!