Duhai kamu yang tercipta dari tulang rusukku. Di belahan Bumi manapun kamu berada, bagiku kau bunga, tak mampu aku samakanmu dengan bunga terindah sekalipun, Bagiku manusia adalah makhluk yang terindah, tersempurna, dan tertinggi. Bagiku dirimu salah satu dari semua itu, kerananya kau tak memerlukan persamaan. Jangan pernah biarkan aku menatapmu penuh, kerana ia akan membuatku mengingatmu. Bererti memenuhi kepalaku dengan inginkanmu. Berimbas pada tersusunnya gambarmu dalam tiap dinding khayalku. Membuatku inginkanmu sepenuh hati, seluruh jiwa, sesemangat mentari. Kasihanilah dirimu jika harus hadir dalam khayalku yang masih penuh lumpur. Kerana sesungguhnya dirimu terlalu suci. Berdua menghabiskan waktu denganmu bagaikan mimpi tak berpenghujung. Ada ingin tapi tak ada henti. Menyentuhmu merupakan ingin diri, berkelibat selalu, meskipun hujung penutupmu pun tak berani kusentuh. Jangan pernah kalah dengan mimpi dan inginku kerana sucimu kau pertaruhkan. Mungkin kau tak peduli. Tapi kau hanya menjadi wanita biasa di hadapanku bila kau kalah, dan tak lebih dari wanita biasa. Jangan pernah kau tatapku penuh, bahkan tak perlu kau lirikkan matamu untuk melihatku. Bukan kerana aku terlalu indah, tapi kerana aku seorang yang masih kotor. Aku biasa memakai topeng keindahan pada wajah burukku, mengenakan pakaian sutera emas. Meniru laku para ustaz. meskipun hatiku lebih kotor dari lumpur. Kau memang suci, tapi masih sangat mungkin kau termanipulasi. Kerana kau hanya manusia - hanya wanita -. Beri sepenuh diri pada lelaki suci yang dengan sepenuh hati membawamu ke hadapan Tuhanmu. Untuknya dirimu ada, itu kata otakku, terukir dalam kitab suci, tak perlu dipikir lagi. Tunggu sang lelaki itu menjemputmu, dalam rangkaian khitbah dan akad yang indah, Atau kejar sang lelaki suci itu, kerana itu adalah hakmu, seperti dicontohkan ibunda Khadijah, Jangan ada ragu, jangan ada malu, semua terukir dalam kitab suci. Bariskan harapanmu pada istikharah sepenuh hati ikhlas. Relakan Allah pilihkan lelaki suci buatmu, mungkin sekarang atau nanti, bahkan mungkin tak ada sampai kau mati. Mungkin itu bererti dirimu terlalu suci untuk semua lelaki di dunia fana saat ini. Mungkin lelaki suci itu menanti di istana kekalmu, yang kau bangun dengan segala kekhusyukan tangis dalam doamu. Pilihan Allah tak selalu seindah inginmu, tapi itu pilihan-Nya. Tak ada yang lebih baik daripada pilihan Allah. Mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki yang terpilih itu, melainkan pada jalan yang kau pilih, seperti kisah seorang wanita suci di masa lalu yang meminta keIslaman sebagai mahar pernikahannya. Atau mungkin kebaikan itu terletak pada keikhlasanmu menerima keputusan Sang Kekasih Tertinggi. Kekasih tempat kita memberi semua cinta dan menerima cinta dalam setiap denyut nadi kita.
Saya harap saya boleh sabar dengan perangai awak sekarang ni, walaupun hati meronta
-Nukilan Mohamad Fahmi-
|